http://www.teachingexpertise.com/publications/teaching-children-with-special-needs-specific-intervention-programmes-and-strategies-1971Ulasan saya:
Ini adalah sebuah buku yang ditulis khas untuk program-program intervensi dan strategi pengajaran untuk murid-murid berkeperluan khas. Buku ini ditulis oleh Sue Soan. Amatlah baik sekiranya guru-guru yang mempunyai murid berkeperluan khas memiliki buku dan yang paling penting ilmu daripada buku ini.
Permainan matematik yang saya sediakan di sini boleh digunakan oleh guru-guru yang ingin memberi kelainan dan keseronokan kepada murid-murid berkeperluan khas di dalam mempelajari matematik. Sambil bermain murid akan mempelajari matematik. Dengan ini murid-murid akan mengubah persepsi mereka bahawa matematik adalah sukar dan membosankan. Selamat mencuba
http://www.coolmath4kids.com/addition/math-lines-11.htmlhttp://www.primarygames.com/math/numbereaters/index.htm
http://math-and-reading-help-for-kids.org/articles/Learning_Disabilities:_Dyslexia_and_Dyscalculia.htmlUlasan saya tentang artikel ini:
Murid-murid yang mengalami 'Masalah Pembelajaran' terutamanya disleksia dan diskalkulia, mestilah mendapatkan pendidikan dan perhatian yang lebih dari semua pihak. Semasa Proses PnP juga adalah lebih baik murid ini mendapat pengajaran 'One-on- One'. Ini akan menjadikan murid ini lebih mendapat perhatian dan tunjuk ajar yang lebih sempurna bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran yang di hadapi oleh mereka. Semasa membuat latihan juga mereka perlulah diberi peruntukan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan mereka.
http://www.nichcy.org/Research/EvidenceForEducation/pages/MathExplicitSystematicInstruction.aspxUlasan artikel ini:
Melalui artikel ini, adalah disarankan pihak yang terlibat dengan Proses PnP khususnya menggunakan gabungan 'Explicit Instruction' dan juga 'Systematic Instruction'. Guru-guru akan sentiasa menyatakan dengan jelas objektif pengajaran kepada murid-murid ini dan 'follow a defined instructional sequence' dan juga lebih fokus mengajar murid 'how to learn'. Di dalam artikel ini juga terdapat beberapa kaedah untuk mengukuhkan kemahiran murid-murid bukan sahaja yang berkeperluan khas malah untuk murid sekolah rendah amnya.